Mamatabs adalah hasil gabungan beberapa jenis sayur-sayuran, buah-buahan, ulam dan bijiran. Setiap bahan tersebut mempunyai keistimewaan dan kemampuannya tersendiri terutama dalam membantu ibu-ibu memiliki susu ibu yang banyak. Ianya telah diakui sendiri oleh sebilangan besar ibu-ibu dan nenek-nenek kita yang telah mengamalkannya sejak turun temurun lagi.
Gabungan ini telah terbukti berupaya menghasilkan keperluan zat yang lengkap untuk membantu ibu-ibu menghasilkan susu ibu yang berkualiti. Setiap dari bahan tersebut memainkan peranannya sendiri dan membantu antara satu sama lain untuk mewujudkan kelebihan yang luarbiasa untuk kesihatan kita. Kelebihan itu mungkin tidak terhasil jika bahan-bahan tersebut dimakan atau diambil secara berasingan.
1. Susu badan kurang dan tidak lancar.
2. Tubuh badan letih dan kurang bertenaga.
3. Struktur kulit dan bentuk badan mengelebeh selepas bersalin.
4. Tubuh badan sakit dan sengal-sengal.
5. Rasa resah, stress, emosi tidak stabil dan mudah lupa.